10 Tips untuk terus kuat dalam berhijrah
1) hati mau kuat, azam mahu sentiasa semangat!
Bila sebut dan tekad nak berhijrah hati mesti mau semangat. macamana tuh? harus sedar diri betul2 nak berhijrah.tanam di hati. ''aku terus dengan cara lama aku rugi, sampai bila nak macamni?''
Segala amal bermula dari niat. segala niat bermula dari hati. kalo dari
hati tak kuat, niat sekadar hangat2 tahi ayam (tahi ayam pun x hangat
mcm tu. hihi) rasanya tempoh penghijrahan tu mungkin sekadar main celup2
jari kat air bertakung kat gayung. kenapa..? Hijrah kerana Allah,
KERANA ALLAH hati pasti automatik jadi kuat. kenapa..? hati kita Dia
yang cipta kan..? :) Allah suka hati2 yang kembali kepadaNya.
2)Doa senjata mukmin.
Yang
ne memang takboleh tinggal. Pantang 7 keturunan mak jemah. Doa itu
SENJATA. masa sedih kita doa minta kekuatan, masa happy kita doa jd
hamba bersyukur. Allah kan dah firman...
"Berdoalah
kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang
yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku, akan masuk neraka Jahannam
dalam Keadaan hina dina".(Al-Mumin ayat 60). Doa buat hati jadi kuat.
ibarat Diari kita nak luah dekat Allah.
Kenapa..?
bagaimana sahabat kita, macam tu lah kita. Ibarat minyak wangi, kalau
seorang memakainya semua desekelilingnya akan merasa tempias wangian itu
sekali. sahabat cermin kita. Akhlak kita dipengaruhi oleh akhlak
sahabat kita. Tidak perlulah sahabat sebaik or setabah wonderpet mahupun
yg hebat berpoket besaq macam doremon. ckuplah dia mnunjukkan akhlak yg
baik dan mebimbing kita kejalan Allah.Jika kita ingin berhijrah, Allah
akan mengirimkan hamba2 nya yang soleh untuk menemani kita dalam
penghijrahan itu. mungkin ada juga kalangan kita yg tiada mampu bertemu
sahabat soleh, jangan sedih sahabat. Allah itu kan sahabatmu?? :)
4)Tidak berkira2 atas setiap ajakan ke majlis ilmu.
Memang
kita pun ada limit masa dan selalu sibuk. Student kena study, pekerja
mmg kerja( umm, memanglah ==’’) Tapi jika sekadar ingin mencari masa
rehat apa salahnya kita berkorban masa itu untuk mengisi jiwa. Orang
yang dlm semangat untuk berhijrah selalunya sentiasa teruja untuk setiap
peluang. Excited nak mencari2 majlis ilmu dlm masa2 terdekat. Abang senior kbm saya pernah kata Kalau
Taman2 Syurga di dunia pun kita xsudi pergi,(majlis ilmu) kenapa
berangan2 untuk pergi ke Taman2 Syurga di akhirat nanti? Muhasabah.
Kerana
pada masa itu perasaan kehausan ilmu itu membuak2 mengalahkan badai
ombak rindu eron ajis. Masa nie lah untuk bagi kaw2 lagi suasana, cari
suntikan semangat, cari ilmu n info semasa. Ini masa terbaik! So
bila orang ajak dia akan terus Tanya bila? Dimana? Fees? Baru cek2 free
x masa tu. Bukannya *umm, tengoklah dulu..’’ n diteruskan dengan
alasan2 lain yang beraneka bentuk dan jenis biskut raya. Mgkin factor
segan, x biasa, x berani, dan sebagainya. Tapi apa yang pasti,
keterujaan thadap sesuatu benda mengatasi segala factor yg boleh
menghalang. Hoh :p
5) Cari suasana tarbiyah dalam apa jua cara!
Ada
yang pernah mengadu dan meluahkan rasa hati.. “ana tidak punya sahabat
soleh untuk bantu ana..ana hanya bergantung kepada internet, facebook.’’
Respon saya.. Ouh. Itu sebenarnya cukup bagus sahabat! Itu cara Allah
mendidik kita tanpa kita sedar. Itu suasana yang Allah nak bagi. Mungkin
Allah sengaja nak bagi kita tercari2 menyelusup ke lubang2 cacing
sekalipun, menggali2 sampai keletihan. Kerana Allah nak bg kita rasa
betapa manisnya beroleh ilmu, betapa manisnya rasa berjuang mencari
tarbiyah dan dianggap asing. Kan Rasul kita pernah kata ‘’Islam datang
dalam keadaan asing, dan kembali dalam keadaan asing, maka beruntunglah
org2 yang asing’’. Cari2 suasana dalam apa jua cara. Kalo dulu suka
dengar korea apa kata tukaq dengar lagu nasyid mencari2 semangat dan
pengajaran dalam tu. Cari suasana. Kalo dulu facebook asyik ckp sal nak
makan kat kfc, dan update hari nie aku saket, bubuh gambar muka pilih yg
paling nmpak fotogenik ngan caption 'no edit',buka laman lain tengok
9gag je memanjang cr ilham nk troll org apakata p skodeng fanpage
dakwah. Sana banyak je tarbiyah santai. Subscribe banyak2, so home anda
xlah penuh ngan benda2 mngarot.nie asyik2 update p keyell, asyik2 update
nk p keyell :P
6) Banyakkan bacaan2 ilmiah
Yang
nie penting. Kenapa..? sbb awal Rasulullah s.a.w terima wahyu, Jibrail
kata ‘’bacalah..’’ tengok, diawal penerimaan Islam pun nabi dh kena suh
mmbaca. Takkan kita nie umat x maksum xnak baca pulak? Rajin2
kan lah tangan beli buku Tarbiyah. Kalo nak save duet pun leh jenguk2
belog orang. Dunia hujung jari Allah bagi kemudahan..,tinggal nak guna
cara betol or x. Awal kunci ilmu adalah baca.. jangan lupa ye
cikebom-cikebom.kalau
ye pun tengah semangat nak beribadah kena cek jugak. Amal yang tiada
ilmu adalah kosong. So dr ilmu kita leh tahu hikmah sesuatu ibadah.
Kenapa perlu tarbiyah? Kenapa perlu itu, kenapa perlu ini? Cari
jawapannya dlm pembacaan ilmiah
7) Tidak bertangguh
Yang
niee raaaaaamai spesies manusia di bumi terlepas pandang. Bila malamnya
dh menangis2 nak taubat dan berubah, esoknya hidup dlm cara yang sama
jugak. Kenapa? Sebab BERTANGGUH. Tiada kejayaan bagi yang bertangguh.
Kalo nak berubah azam kena kuat, azam yang kuat takkan bertangguh. Hari
nie taubat nak tutup aurat, esoknya patutnya dh start cari tudung nak
test2 pakai. Baru berubah perlahan2 lengkapkan yang lain. Ingat, syaitan
x pernah bertangguh untuk hasut kita berkali2 untuk lupakan niat
kita.syaitan x pernah berehat dari menyesatkan hati manusia. Lepas diri
anda dh suci menangis airmata taubat, jangan bagi syaitan masuk line n
buat macam tempat nie bapak dia punye.Ayuh lawan, hati kena kuat! go2!
Silapnya
kita bila kita fikir masa kita masih muda, umur kita masih mentah,
Kompiden bebeno Allah bg kita hidup sampai tua..Lupakah kita..? ALLAH
TAK PERNAH BAGI STATEMENT: ORANG MUDA TAKKAN MATI.
8) Belajar dan mengajar
Bila
kita dah semangat nak cari tarbiyah n suasana berhijrah. Sudah tentu
perasaan untuk berkongsi perasaan yang sama kepada org lain itu ada. Ini
peluang untuk mula taaruf dengan dakwah. Bila sudah belajar, adalah
kebiasaan untuk mengajarkannya semula kepada org yang memerlukan
sentuhan jiwa.Ini masa untuk kumpul saham pahala ilmu yang leh bawak
masuk kubur x putus2. Once kita dah mengajar sesuatu ilmu, kita
automatic akan teringin mengamalkan apa yg disampaikan dr lisan kita
sdri. Disini juga kita leh bertemu manisnya berdakwah itu. Berjinak2 dengan dakwah akan mendidik kita untuk terus semangat, semangat dan semangat! Oyeh!
9) Tidak terlalu berpegang ngan statement ‘’Aku taknak jadi jahil..macam kawan2 aku..’’
Okay,
kalo benar pun kita nampak betapa teruknya cara hidup kawan kita nie,
adalah begitu tidak nice sgt untuk mengatakan balik2 statement ‘’kawan
aku jahat..aku nak jadi baik..’’ kenapa..? sebab penghijrahan kita
bukannya untuk sesiapa melainkan dia, Hai sahabat. yakinkah kita once
kita dh terhijrah syurga tu komfom 100% kita akan dpt..? Dia yang
memegang hati2 kita lebih tahu
siapa yg terus diberi hidayah dan tidak. So baik ke, buruk ke, hakim tu
adalah Dia.Kita nie sebagai hamba berjuang, bukannya menghakimi.
Menegaskan konsep ini berkali2 dalam hati anda, takut syaitan cucuk2
kita jadi ujub. Apa tu ujub? Merasa diri LEBIH baik dari org lain.Rasa
itu boleh merosakkan amal2 kita, niat suci kita. Ingat,
iman manusia nie naik turun.kadang2 atas, kadang2 bawah. Kerja kita
adalah mendoakan diri sendiri dan sahabat2 kita.Kita x tahu esok, siapa
sangka kwn kita tu lg better dr kita..?
10) ISTIQAMAH
Istiqamah
itu sangat penting sahabat, ramai juga yang tersungkur bertarbiyah
lama, akhirnya menjadi futur. Dah tidak lagu didalam suasana beragama,
dh tidak lagi rindukan ilmu, dah tidak rindu lagi mengisi jiwa. Sebab tu
pentingnya mncari suasana. Berusaha untuk terus berada di dalam suasana
ilmu agama,Adapun yg sudah ada suasana tanpa mencari, tetapi mensia2kan
suasana yg ada. Berubah itu memang payah, tetapi Istiqamah itu lagi
payah. Tapi pernahkan kita dengar Mujahadah itu pahit, kerana syurga itu
manis. Apaguna dapat syurga dengan senang lenang, kena ada ssuatu yg
diusahakan untuk mndapat syurga itu.Bak kata org, mana ada benda free
dtg bergolek bro :)
setakat
nie, nie jelah yang saya boleh kongsikan, Ilmu pinjam dari Allah,
Khilaf datang dr diri saya sendiri. anda, anda, anda yang tengah
berhijrah yang tengah mmbaca post ini. Anda hamba Allah yg sangat kuat.
Allah sedang mengintai anda merintih, mengintai anda dlm keadaan anda
pedih.. Rintihan dan pengaduan yang Tuhanmu rindu2 kan itu.saya sendiri
cemburu dengan org2 yg tengah berhijrah. Manisnya terlalu manis. semoga
Allah menguatkan hati anda, moga post ini sedikit sbanyak dpt mmberi
kkuatan hati. Uhibbuki Fillah. Wassalam
Tidak ada komentar:
Posting Komentar